
Amal dakwah menjadi suatu perkara yang sangat sinonim dengan perjalanannya yang penuh ujian dan ranjau. Namun seorang akh kadang kala sering meletakkan segala ujian tersebut hasil dari faktor-fator luaran sama ada dari segi teknikal atau dari manusia sekeliling yang tidak menerima dakwahnya.
Nabi Nuh setelah 950 berdakwah dengan pelbagai cara(71:5-9) dan dengan dihadirkan pelbagai bukti bahawa dakwahnya benar(71:11-20), kaumnya masih tidak menerima.(71:21)
Malah, menipu orang selepas mereka mangenai kebenaran dakwah Nabi Nuh.(71:21-23)
Hasilnya, Nabi Nuh sedar bahawa mereka orang yang tidak akan mendapat hidayah dan hanya akan merosakkan orang lain jika wujud di dunia ini. Akibatnya, mereka di hapuskan dari dunia ini.(71:24-25)
Namun, yang paling penting sekali seperti disebut dalam ayat terakhir surah Nuh, para dai’e dengan penuh rendah diri, kembali kepada Allah dan meminta maaf atas segala kesilapan yang dilakukan sepanjang usaha dakwah.
Jika dakwah seorang nabi memerlukan kemaafan, apatah lagi kita sebagai manusia biasa biasa dan tidak pernah lepas dari salah dan silap.
Kita biasa membuat dakwah fardiah atau dakwah ammah, namun segala ‘hiccup’ bukan 100% kita tuding kepada orang lain, tetapi kita kembali kepada diri kita sendiri.
Oleh itu, seorang akh kadangkala kurang menyediakan hatinya dalam memegang hati-hati orang lain. Pembangunan hatinya kurang diberi tumpuan menyebabkan lama kelamaan seorang akh menjadi biasa dengan amal dakwah yang penuh kesibukan tetapi hatinya mati.
Akibatnya, ia menjadi liabiliti sebuah pergerakan dakwah dengan permasalahan-permasalahan hati. Kemudian ia mengalih tumpuan sebuah pergerakan dakwah kepada permasalahan-permasalah yang rumit tetapi tidak utama kerana permasalahan-permasalahan seperti tiada adab dalam bersyura, kata belakang, dan lain-lain, menjadi agenda utama untuk diselesaikan.
Oleh itu, racun-racun yang mampu membunuh hati mempunyai 4 jenis:
1.Berlebih-lebihan dalam percakapan
(Tidak lurus sebuah iman seseorang hamba sehingga lurusnya hatinya, tidak lurus hati nya sehingga lurus percakapannya)
(Sesiapa yang banyak cakapnya banyak silapnya, sesiapa yang banyak silapnya banyaklah dosanya, sesiapa yang banyak dosanya, maka nerakalah yang utama baginya)
2.Berlebih-lebihan dalam pemakanan
3.Berlebih-lebihan dalam penglihatan
(Penglihatan itu adalah racun dari racun-racun syaitan….)
4.Berlebih-lebih dalam pergaulan
Pergaulan mempunyai 4 jenis:
a)seperti nutrien
bergaul ketika perlu sahaja. Pergaulannya membawa perubahan yang baik kepada orang sekeliling.
b)seperti ubat
orang ini bergaul ketika wujud masalah tetapi tidak diperlukan ketika waktu lain
c)seperti penyakit
pergaulannya tidak memberikan faedah di dunia dan akhirat, malah ia membawa kerosakan di dunia dan akhirat
d)seperti perosak
pergaulan yang terus membawa kepada kerosakan. Semua pergaulannya adalah kehancuran. Mereka adalah orang-orang yang melakukan bida’ah, orang-orang yang sesat. Mereka mengaku dalam membenarkan sunnah Nabi, tetapi beramal sebaliknnya.
Namun, hati boleh di ubati dengan:
a)zikrillah. Sebaik-baik zikrullah dengan membaca Al-Qur’an
b)istighfar
c)doa
d)selawat atas Nabi
e)Qiamullail. Ketika awal dakwah Nabi di mana ketika itu di kelilingi dengan kemunkaran, Allah mewajibkan qiammullail ke atas Nabi(73:2). Jadi, apa bezanya zaman sekarang dengan ketika zaman Nabi…




