Saturday, July 3, 2010

Racun-racun Hati


Amal dakwah menjadi suatu perkara yang sangat sinonim dengan perjalanannya yang penuh ujian dan ranjau. Namun seorang akh kadang kala sering meletakkan segala ujian tersebut hasil dari faktor-fator luaran sama ada dari segi teknikal atau dari manusia sekeliling yang tidak menerima dakwahnya.


Nabi Nuh setelah 950 berdakwah dengan pelbagai cara(71:5-9) dan dengan dihadirkan pelbagai bukti bahawa dakwahnya benar(71:11-20), kaumnya masih tidak menerima.(71:21)

Malah, menipu orang selepas mereka mangenai kebenaran dakwah Nabi Nuh.(71:21-23)

Hasilnya, Nabi Nuh sedar bahawa mereka orang yang tidak akan mendapat hidayah dan hanya akan merosakkan orang lain jika wujud di dunia ini. Akibatnya, mereka di hapuskan dari dunia ini.(71:24-25)

Namun, yang paling penting sekali seperti disebut dalam ayat terakhir surah Nuh, para dai’e dengan penuh rendah diri, kembali kepada Allah dan meminta maaf atas segala kesilapan yang dilakukan sepanjang usaha dakwah.

Jika dakwah seorang nabi memerlukan kemaafan, apatah lagi kita sebagai manusia biasa biasa dan tidak pernah lepas dari salah dan silap.

Kita biasa membuat dakwah fardiah atau dakwah ammah, namun segala ‘hiccup’ bukan 100% kita tuding kepada orang lain, tetapi kita kembali kepada diri kita sendiri.

Oleh itu, seorang akh kadangkala kurang menyediakan hatinya dalam memegang hati-hati orang lain. Pembangunan hatinya kurang diberi tumpuan menyebabkan lama kelamaan seorang akh menjadi biasa dengan amal dakwah yang penuh kesibukan tetapi hatinya mati.

Akibatnya, ia menjadi liabiliti sebuah pergerakan dakwah dengan permasalahan-permasalahan hati. Kemudian ia mengalih tumpuan sebuah pergerakan dakwah kepada permasalahan-permasalah yang rumit tetapi tidak utama kerana permasalahan-permasalahan seperti tiada adab dalam bersyura, kata belakang, dan lain-lain, menjadi agenda utama untuk diselesaikan.

Oleh itu, racun-racun yang mampu membunuh hati mempunyai 4 jenis:
1.Berlebih-lebihan dalam percakapan
(Tidak lurus sebuah iman seseorang hamba sehingga lurusnya hatinya, tidak lurus hati nya sehingga lurus percakapannya)
(Sesiapa yang banyak cakapnya banyak silapnya, sesiapa yang banyak silapnya banyaklah dosanya, sesiapa yang banyak dosanya, maka nerakalah yang utama baginya)

2.Berlebih-lebihan dalam pemakanan

3.Berlebih-lebihan dalam penglihatan
(Penglihatan itu adalah racun dari racun-racun syaitan….)

4.Berlebih-lebih dalam pergaulan
Pergaulan mempunyai 4 jenis:
a)seperti nutrien
bergaul ketika perlu sahaja. Pergaulannya membawa perubahan yang baik kepada orang sekeliling.
b)seperti ubat
orang ini bergaul ketika wujud masalah tetapi tidak diperlukan ketika waktu lain
c)seperti penyakit
pergaulannya tidak memberikan faedah di dunia dan akhirat, malah ia membawa kerosakan di dunia dan akhirat
d)seperti perosak
pergaulan yang terus membawa kepada kerosakan. Semua pergaulannya adalah kehancuran. Mereka adalah orang-orang yang melakukan bida’ah, orang-orang yang sesat. Mereka mengaku dalam membenarkan sunnah Nabi, tetapi beramal sebaliknnya.

Namun, hati boleh di ubati dengan:
a)zikrillah. Sebaik-baik zikrullah dengan membaca Al-Qur’an
b)istighfar
c)doa
d)selawat atas Nabi
e)Qiamullail. Ketika awal dakwah Nabi di mana ketika itu di kelilingi dengan kemunkaran, Allah mewajibkan qiammullail ke atas Nabi(73:2). Jadi, apa bezanya zaman sekarang dengan ketika zaman Nabi…

4 Perkara Yang Menenguhkan Orang Islam Terhadap Agamanya


1. AL-Qur’an. Apabila mereka mendengar bahawa Al-Qur’an yang menyebabkan mereka tidak berjaya menyebarkan fahaman kristian, lantas mereka memijak-mijak dan menghancurkan Al-Qur’an. Namun pendakyah kristian itu berkata:”Jika kamu semua menghancurkan Al-Qur’an, maka mereka boleh mencetak lagi beribu-ribu naskah Al-Qur’an. Tetapi, yang meneguhkan pegangan mereka adalah Al-Qur’an yang berada dalam hati-hati mereka. Selagi mana Qur’an berada dalam hati mereka, selagi itulah mereka akan tetap dengan pegangan mereka”

2.Khutbah Jumaat. Khutbah Jumaat akan sentiasa memberi peringatan kepada orang islam dan akan meneguhkan keislaman mereka setiap minggu.

3.Bulan Ramadhan. Bulan di mana orang islam mengukuhkan pegangan mereka dan bertungkus-lumus beribadat selama sebulan penuh.

4.Ibadah Haji. Masa terkumpulnya orang islam dari seluruh pelusuk dunia dan ini merupakan perkumpulan orang islam yang terbesar. Umat islam diseluruh dunia juga memerhatikan ibadah ini dilakukan di Mekah melalui siaran-siaran di television. Perkara ini akan menyebabkan pegangan mereka semakin teguh terhadap agama islam.

Kesimpulannya, mungkin kita dapat perhatikan bahawa, perkara-perkara ini yang menjaga orang islam dari terpengaruh dengan dakyah-dakyah kristian. Namun apabila orang islam mulai tidak pandai membaca Al-Qur’an atau pandai baca tetapi tidak mampu memmahaminya, ia akan secara langsung melepaskan salah satu ikatan yang mengikat kita pada islam. Begitu juga dengan amalan-amalan yang lain.
Oleh itu, kita sebagai orang islam perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami ajaran yang diturunkan melalui Qur’an dan Sunnah ini dan mentaati segala suruhan Allah. Dan yang paling penting adalah mengajak orang lain bersama-sama dalam mentaati Allah kerana itu adalah salah satu cara untuk mengekalkan diri kita di jalan yang lurus.
wallahua’lam…

uMMuL kitAB

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)
Al-Fatiha
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful (1)
Praise be to Allah, Lord of the Worlds, (2) The Beneficent, the Merciful. (3) Owner of the Day of Judgment, (4) Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help. (5) Show us the straight path, (6) The path of those whom Thou hast favoured. Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray. (7)

Padamu ku bersujud..(lagu blog nie..)


Ku menatap dalam
gelap, tiada yang bisa kulihat
selain hanya nama-Mu,
ya Allah

Esok ataukah nanti,
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta,
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambamu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah,
yang sering melupakanmu
saat kau limpahkan
karuniamu dalam sunyinya aku bersujud

Mengapa mengeluh..??


Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." (Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf: 87)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (Surah al-Insyirah: 5-6)

KeMuLiaAn IBU dALaM iSLaM




1.Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
2.Wanita yg hamil dapat pahala puasa disiang hari&pahala ibadat di malam hari.
3.wanita yang bersalin dapat pahala 70tahun solat& puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnyer,ALLAH memberi satu pahala haji.
4.sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5.wanita yang diberi minum susu badannya kepada anaknya akan dapat satu pahala drpd tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6.wanita yang beri minum susu badannya kpd anaknya yang menangis maka ALLAH beri pahala satu tahun pahala puasa & solat.
7.kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun,maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8.seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
9.wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh ALLAH akan seluruh dosanya & apabila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala solat.

Friday, July 2, 2010

Mutiara Kata


Letakkanlah dunia itu ditangan,
akhirat itu dihati..,
supaya dunia itu snang dibagi-bagi...
dan akhirat itu di bawa mati..
خير الناس أنفعهم للناس سباءيق-باءيق مأنسي اياله اورع يع بايقممبري منفعت كفد مأنسي
"Sebaik-baik manusia ialah orang yang banyak memberi menfaat kepada manusia yang lainnya" Semoga Allah swt mengurniakan kepribadian ini dan mengekalkan selama-lamanya.Amin

Renungan..


RABIATUL ADAWIYAH berdoa kepada ALLAH.."YA ALLAH.jikalau amal ibadat ku kepada MU semata-mata untuk mendapatkan balasan syurga & pahala MU.. Maka KAU campakkanlah aku kedalam neraka MU..tetapi YA ALLAH jika amal iBadat ku kepadaMU semata-mata untuk mendapat keredhaanMU maka aku mohon tempatkan lah aku ke dalam syurgaMU YA ALLAH..!

Mutiara Kata



Ketika satu pintu tertutup..
pintu lain pula terbuka..
Namum kadangkala kite terus memikirka & menyesali pintu tertutup itu terlalu lama..
Hingga kan kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka..

Buat Renungan

Kita tidak boleh menjadi BIJAKSANA dengan keBIJAKSANAAN org lain...
Tetapi...
Kita boleh menjadi berPENGETAHUAN dengan PENGETAHUAN org lain...

You can change all thing for the better..
If you can change yourself to be better..

Kebanyakkan kita tidak mensyukuri apa yang sudah di miliki..
Tetapi..
Kebanyakan kita menyesali apa yang gagal diperolehi...

Ikhlas Dariku..




Luahan hati..Kadang-kadang ada diantara kita yg ingin berubah..ingin berhijrah dari buruk ke baik..niat yg sungguh mulia..juga atas bantuan dan hidayah illahi.. tapi.. kadang-kadang kita terhimpit untuk menuju ke jalan itu..kenapa..??? alasan yg biasa didengari..kerana keluarga kita bukan dri kalangan org yg baik,kerana takut diejek dicaci kawan2,kerana takut hilang kekasih hati yg selama ini dicintai.. tapi tidakkah kau terfikir syg..itu semua hanya sementara..tidak kekal lama..hanya kerana bisikan-bisikan itu..buatkan engkau rebah lalu sujud ke bumi kembali..meneruskan perjalanan dijalan itu walaupuan engkau tahu penghujungnya nanti bukan sesuatu penghujung yang engkau impikan..Kenapa syg..kenapa engkau takut kehilangan kawan yang tidak perhah mengajak engkau ke arah kebaikkan,kawan yang tidak pernah mendoakan kesejahteraan mu syg..kenapa kawan begini yang engkau sanjung sehingga kan engkau takut untuk memilih jalan kebenaran..Kekasih hati..?? jika di benar2 mencintai mu..percayalah perubahanmu itu akan buatkan si dia lebih yakin dgan mu syg..jikalau perubahanmu ke arah kebaikkan itu tidak di senanginya..biarkan dia tinggalkan mu,dan buang lah cintanya dalam hatimu..kerana tiada apa yang bernilai pada cintaNya..Sayang..janji Allah itu pasti.. kenapa terus menerus mengejar cinta yang engkau sendiri tak pasti..?? menunggu janji-janji yang engkau sendiri tahu ianya tidak akan kau perolehi.. kenapa sayang...?? biarlah hilang semua kawan di dunia..biarlah engkau di caci dan di cerna..biarlah engkau derita di dunia hanya kerana engkau pilih jalan kebenaran.. tapi ercayalah syg kelak kau hidup bahagia di akhirat sana..untuk selama-lamanya..=) Renung-renungkanlah syg...jgn kerana mereka engkau terus lalui jalan hitam sedangkan jalan keredhaan terbentang luas dihadapan mu...

Thursday, July 1, 2010

Sampai bila syg..

kEMuliaan Rejab..


Rasulullah bersabda..." Rejab adalah bulan Allah,Syaaban itu bulanku dan Ramadhan itu bulan umatku "

Baginda juga bersabda : "Rejab adalah bulan Allah.Siapa puasa sehari dari bulan Rejab kerana iman dan mengharapkan akan keredhaan Allah,pasti dia mendapatkan redha Allah Yang Maha Agung..."

Sabda Baginda lagi : "Allah menyiramkan kebaikan pada empat malam ; Malam Adha,Malam Fitri,Malam Nisfu Syaaban dan Malam Pertama Bulan Rejab."

_________________
Kadangkala ALLAH hilangkan sekejap matahari...
Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat...
Puas kita menangis,mencari di manakah matahari !
Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita PELANGI YANG INDAH..."

Peristiwa di bulan REJAB..


Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa."

Sahabat..

Siapa kita..??

Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan
matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.


Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua
ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Benci..?? Tapi Berharga Bagi mu..

Ketawa & Tangisan...

Taubat Masih Ada...

Manusia sering kecewa kerana apabila dizalimi tiada balasan serta merta mengena orang yang menzalami. Sedangkan Allah yang Maha Esa wujud, Maha Mengetahui dan Maha Menguasai setiap detik kejadian. Di manakah keadilan?

Persoalan ini meragukan insan yang ingin merapatkan dirinya kepada Allah dan agama yang diredai-Nya iaitu Islam. Mereka beranggapan dengan memeluk dan menghayati cara hidup yang diredai oleh Pencipta maka kesengsaraan akan hilang.

Bukankah definasi agama yang benar adalah agama yang membuatkan insan bahagia bukannya sengsara!

Namun, agama yang diredai ini bersifat paradoksikal pula. Semakin diserahkan diri semakin pula menerima seksa.

Penerimaan seksa masih boleh difahami kerana itu adalah ujian Allah untuk dibalasi di akhirat nanti. Sebaliknya, apa yang tidak boleh difahami adalah keadaan selesa dan gembiranya kehidupan orang yang menzalami. Inilah paradoksnya.

Kalangan yang beramal kebaikan tatkala yang beramal kejahatan menguasai cara hidup pasti menghadapi permasalahan ini. Dengan kata lain, suasana ini tidak berlaku di kala dunia didominasikan (baca dikuasai) oleh kalangan yang baik.

Ketika keadaan dunia adalah 'malam', golongan jahat akan menghimpit gerak golongan baik kerana mempertahankan cara hidup melalui kuasa. Mereka merancang dan melaksana dengan amat yakin kerana sumber kekuatan duniawi mereka mengatasi golongan baik. Golongan baik pula walaupun telah dilatih untuk bersabar dan bersedia secara mental untuk menghadapinya masih berpecah belah dengan hal-hal yang tidak fundamentals.

Persoalan Allah membenarkan golongan jahat menyeksa golongan baik boleh diterima. Sebaliknya, Allah membenarkan golongan jahat bergembira dengan kezaliman mereka malah menambah nikmat duniawi kepada mereka menjadi sesuatu yang meragukan. Sepatutnya (mengikut perkiraan golongan baik), "kami perlu menanggung seksa dan mereka akan dibalasi." Hakikatnya tidak, "kami menanggung seksa dan mereka semakin senang."

Kemungkinannya ialah Allah menangguh balasan kepada golongan yang jahat. Mengapa pula? Untuk memberi peluang bertaubat dan berubah kepada kebaikan. Peluang diberi bukan hanya sekali, namun sepatutnya beberapa kali agar suatu hari nanti (akhirat) seksa yang diterima adalah adil dan abadi. Kalau hanya sekali buat kesalahan dan terus ditimpa hukuman maka tidaklah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Beri petunjuk dan peluang kepada dua jalan: buat baik dan buat jahat.

Seperkara lagi, bagi golongan baik tugasan mereka adalah beriman dan beramal saleh termasuk memberi peringatan dan khabar gembira. Mereka tidak ditugaskan untuk memaksa perubahan. Petunjuk dan perubahan manusia adalah milik Pencipta.

Rumusannya, peluang untuk bertaubat diberi berkali-kali agar kembali ke pangkal jalan. Jika tidak, seksaan di sana adalah adil, berpatutan dan abadi. Oleh itu, jangan berduka atas kesenangan mereka. Doakan mereka berubah kerana di sana amalan sudah tidak diterima. Itulah keadilan Ilahi. - lanh